3 tips penting komunikasi berkesan

 

 

Assalamualaikum dan salam kasih sayang..

Topik komunikasi ni nampak simple tapi ini lah punca banyak masalah.. kerana message tak sampai.. tak faham.. silap faham.. salah tafsir… salah dengar.. salah masa… salah mood… semua salah… hu3….

jadi kak Dhia terpanggil untuk kongsi tentang topik ni…

untuk pengetahuan anda.. kak Dhia dulu ada masalah komunikasi.. sering kak Dhia rasa kenapa orang susah nak faham aku ya? bukan aku nak banyak… bukan aku minta apa2.. bukan aku nak marah… bukan aku tak kesah.. tapi kenapa semua jadi serba salah…?

banyak juga buku komunikasi yang kak Dhia baca.. namun 1 buku ni favorite kak Dhia yang impak pada perubahan besar pada komunikasi kak Dhia.. Percaya atau tidak… perkara basic yang kek Dhia terlepas pandang memberi banyak impak pada kehidupan yang huru hara dulu..

Ini buku yang kak Dhia baca yang beri impak pada kemunikasi kak Dhia… u all blh cari ya…

Percaya tak? kena parcaya jugak… he3… lepas kak Dhia ubah “BASIC” komunikasi aje… alhamdulillah.. relationship.. nak closing business mudah giler…

Pelik..? kenapa jadi mudah? mcm tak masuk akal jer.. tukar cara komunikasi terus relationship dan nak closing business jd senang… ya… sebab… apa yang anda nak sampaikan… message tu sampai dengan baik.. begitu juga apa yang ingin di suarakan oleh partner atau client anda… ANDA FAHAM… mmg best sgt2…

ilmu yang orang sering terlepas pandang… sebab dr kecik dah bercakap.. jadi rasa tak perlu lah lagi nak belajar bercakap…

jadi apa dia 3 perkara BASIC yang nak kena tukar tu… ?

TIP 1 – BILA ORANG TENGAH CAKAP… DIAM DAN DENGAR…

Siapa yang akan dengar jika dua-dua atau semua bercakap…? keterujaan kita nak bercakap tu kena tahan… terp ini nampak simple.. (Kak dhia sebelum ni spesis masalah ni…) aku geram bila orang cakap slow dan tak sabo nak nyampuk…. hu3… namun demi nak berubah lebih baik… kena ajar diri utk berubah… alhamdulillah… Teknik ni 1 pun.. kalau amal bila jumpa client… mmg mudah nak closing..

TIP 2 – MENDENGAR SEBAB NAK FAHAM…

BUKAN SEBAB NAK JAWAB BALIK...

he3.. menulis ni pun den gelak sendiri… posture tubuh… air muka… serta cara kita turut menunjukkan kita ni kategori mana… he3.. kena belajar untuk dengar sebab nak faham… ni.. orang baru buka mukaddimah nak apa.. kita terus terjah bgtau konon tahu.. rupanya org tu nak benda lain.. den lah dulu ni… he3..

tak ngata sape2… den ngata diri den sendiri dolu-dolu… he3..

 

TIP 3 – MULA KAN DENGAN TOPIK YANG ORANG MINAT..

yang ni kelako.. kita bantai semua orang suka apa yang kita suka.. kalau kita suka baca.. kita anggap orang lain pun suka baca.. salah tu dik… macam kita nak g mancinglah… kena sesuai umpannya… kalau nak ikan apa… umpannya apa.. yg ni akak tak blh bg contoh umpan apa… sebab den tak minat dan tak pandai memancing…

Ok.. ini antara 3 tips yang kak Dhia kongsikan.. kalau ada yang komen dan tanya atau perlu info.. insyaaAllah.. akak jawab ya…

mohon juga pertolongan u all… jika info dalam ni ada kebaikan.. jom sama2 kita sebarkan kebaikan.. sharekan tulisan ini ya… kak Dhia ucap terima kasih in advance.. semoga kebaikan kita itu ALlah kira dan berikan sebaik2 kejayaan dan ketenangan di dunia dan akhirat…

Salam sayang

Kak Dhia

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *