Apa yang membuatkan manusia sering kecewa

Assalamualaikum dan salam kasih sayang…

ini topik kesukaan k dhia… topik ni antara satu persoalan yang sering k dhia tertanya-tanya dulu.. kenapa manusia sering dan mudah rasa kecewa…

kak dhia dapat beberapa jawapan yang memang sangat membantu dalam memujuk hati kak dhia dalam mengawal dan menjauhkan diri terus daripada rasa kecewa ni..

sebab yg pertama,

kita meletakkan harapan di tempat yang salah… maksudnya? yalah… contoh mcm ni… bila kita buatkan air untuk suami kita… dia tak sengih2.. senyum2 sambil ucap terima kasih mcm yang kita nak.. kita jadi kecewa…

bila kita memberi bantuan pada sahabat kita masa dia perlu… kita harap bila kita ada situasi dia boleh bantu kita semula.. namun waktu kita lalui kesukaran dia tak boleh nak membantu…

jadi.. nak buat mcm mana? normallah kan nak rasa macam kat atas ni…

betul.. nama kita pun manusia biasa… sebab tu manusia biasa2 ni tak habis-habis layan sedih dan rasa kecewa…

macam ni… bila kita buat air… kita tahu Allah suka dan dah dpt reward pun dr DIA… kalau suami kata terima kasih tu bonus.. kalau tak.. ok jer…

yang kawan ni pulak… mungkin masa kita tgh perlu pertolongan.. dia pun tgh tak blh nak tolong.. jadi kita tolong orang sebab kita boleh menolong… dan Allah janji balasan kebaikan kepada sesiapa yang berbuah baik… walau sekecil-kecil kebaikan… mesti pernah terjadi, saat kita betul2 perlu.. ada sahaja insan yang terduga dan tak sangka yang tiba-tiba hadir untuk bantu kita… Allah lah yang hantar mereka2 tu..

sebab ke dua…

kita ni semuanya nak cepat.. tak nak beri masa… sebab tu kak dhia suka sangat ayat ni yg kak dhia ambil dari buku yang kak dhia baca…

“Orang yang menyemai benih… dia menyemai harapan”

bila akak baca buku ni, kak dhia amek peluang untuk praktikkan dengan mula minat baru… he3… berkebun…

proses menanam ni mengajar kita banyak perkara dalam hidup antaranya beri masa… (topik beri masa ni pun kalau nak story mmg 1 topik yg penting)

dalam banyak keadaan kita ni… kita letak usaha hari ni kita harap esok semua dah berubah seperti yang kita nak..

sebab tu kak dhia suka “berkebun” kecik2 tepi umah pun ok… kita didik hati… bila kita semai biji benih. perlu rajin n “konsisten” siram air dan kena cukup matahari dll… kena tunggu.. itu pun kadang2 dr sepuluh benih yang di semai.. mungkin yg tumbuh hanya 7 atau 8 sahaja… dan dr 7 dan 8 yg ada.. belum tentu semuanya hidup dan memberi hasil…

inilah juga sebahagian daripada proses kehidupan yang perlu kita terima… jika kita mampu faham proses menanam pokok ini… ianya sedikit sebanyak mendidik kita untuk beri masa.

proses “berkebun” ini juga mengajar kita.. bukan semua yang kita usahakan akan menjadi seperti yang kita nak… dan kak dhia juga suka dengan ayat ni… 

“kerja kita buat/usaha, kerja Allah tentukan dan beri apa yang terbaik buat kita”

semoga sharing kak Dhia ni ada manfaat..

Salam kasih sayang..

kak Dhia..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *