Bagaimana nak raikan perbezaan pendapat

 

 

 

 

 

Assalamualaikum dan salam kasih sayang…. 

topik yang Kak Dhia nak share ni adalah tentang perbezaan pendapat… 

biasanya bila ada perbezaan pendapat ini.. ianya akan mengundang perselisihan dan rasa tidak selesa dan boleh menimbulkan pergaduhan juga jika tidak di kawal. 

Video kat atas ni menunjukkan bagaimana hebatnya 2 manusia hebat ini mengurus perbezaan pendapat. yang Kak Dhia pelik, dalam perbezaan pendapat kita hari ini topik dan isu nya kecik sangat sehingga boleh menyebabkan pergaduhan. 

dalam banyak keadaan, perbezaan pendapat ini di sebabkan:-

  1. isu itu di pandang dr sudut berbeza oleh setiap orang.. jadi pastinya pendapat itu berbeza.
  2. ada juga yang terjadi, cara dan pengalaman masing2 menyelesaikan dan mengurus isu itu berbeza.. maka pendapat mereka pun pastinya berbeza..
  3. ada pula, yang tak tahu.. tapi rasa macam tahu di tambah dengan rasa ego.. dan rasa nak betul… memang selamat hari raya lah jawabnya.. 

Saranan dan jika kak Dhia sendiri… kak Dhia akan ambil jalan ini…

  1. abaikan aje… buat tak faham… 
  2. ya kan aje apa yang di cakap… sebab tak bawa untung pun nak bertekak dengan orang yang nak menang ni… 
  3. faham n tahu bahawa masa kita berharga untuk di buangkan dengan “mangkuk” dengan isu2 kecik yang tak bagi manfaat pun kat kita.. 
  4. kalau orang berjaya.. mereka tak akan layan pun isu2 murah yang tidak bawa untung dlm kehidupan mereka.. 

Move on aje.. 

 

kak Dhia harap sharing tentang raikan perbezaan ini beri manfaat pada anda… 

Salam sayang

Kak Dhia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *