kenapa duit selalu tak cukup? jom tengok tong sampah di rumah kita

Assalamualaikum dan salam kasih sayang…

Kak Dhia doakan anda dalam sejahtera..

 

Kak dhia suka sangat nak share topik ni… hari ni nak fokus pasal tong sampah kat rumah yang penuh dengan makanan…

dulu kak dhia adalah orang yang faham.. nak senang.. nak lebih… nak selalu ada duit.. memang nak kena rajin.. lepas tu bila dah ada duit.. beli aje… tak payah fikir banyak…

namun samapi satu masa tu rasa penat… tak kan lah ALlah yang sayang kita nak kita kerja teruk2 macam ni… income memang meningkat.. tp belanja pun sama.. dan dalam banyak keadaan.. duit tu masuk akaun.. lalu aje lepas tu terus keluar..

sehinggalah kak dhia berjumpa dengan 1 sebab kenapa duit yg banyak tu tak lekat dengan kak dhia.. lepas kak dhia faham ni… Alhamdulillah sgt2.. duit lekat.. kerja tak payah susah.. senang cakap.. keje sikit tp semuanya ok alhamdulillah…

ok.. tang makan ni kak dhia nak share..

contoh 1… 

kita beli kuih yang dalam bekas RM3.00 ada 6 keping… bawa balik… makan 4 keping.. lagi 2 tu tak habis… kita pun buang… dah RM1 dah dalam tong sampah kita… kalau soh buang duit… 5 sen pun kita tak akan sanggup nak buang.. tp sebab kita nampak kuih… maka kita tak tahu.. nilai kuih yang kita buang tu RM1… hu3… 

 

contoh 2 pulak.. 

kita beli mcD.. happy meal ke mc value ke… jarang2 habis licin kita makan… terutama fries tu.. kalau dgn anak2.. mmg diaorg tak akan makan habis pun… kalau harga RM8 lah katakan per set.. kalau dah fries kita buang… dah RM2 kita buang dalam tong sampah… 

 

contoh 3 pulak… 

Makan di kedai set nasi dan lauk… ada baki sayur atau ikan.. atau lauk2… biasanya org tinggalkan shj… tapi sebaiknya di bawa balik untuk di panaskan dan tambah ikan lain daripada di buang bgitu sahaja.. masih banyak rencah2 yang di tinggalkan… 

 

anda cuba bayangkan.. kalau makan2an ni sahaja kita buang tanpa kita sedar.. RM10 sehari… ini kak dhia amek minima lah ni.. kalau nak tahu.. kiralah sdr cara anda urus makanan harian anda.. sebulan anda dah buang macam tu aje RM300… 

lepas tu kita doa.. minta Alllah beri kita rezeki yang banyak… bagaimana mungkin Allah beri kita rezeki yang banyak jika kita tak mampu dan tidak berjaya menjadi pengurus duit yang baik… 

lagi banyak yang ALlah beri… lagi banyak yang akan di buang begitu sahaja dalam tong sampah… 

anda fikirkan sebaiknya… adakah anda memilih untuk terus duduk dalam keadaan yang sama atau buat sedikit perubahan mudah tanpa modal pun dan kemudian anda sendiri lihat bagaimana kehidupan anda berubah.. 

banyak tips mengawal pembelian ni… mungkin kak dhia akan kongsikan dalam satu penulisan yang lain nanti… 

tapi untuk tulisan ni.. kak dhia share 1 tip…. jangan memberi waktu lapo… selamat hari raya… semua nak… he3..

semoga sharing kak dhia ada manfaat..

 

salam kasih sayang

Kak Dhia..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *