kenapa selalu tak jumpa jalan bila hadapi masalah?

 

Assalamualaikum dan salam sayang…

topik ini tentang kenapa ya bila kita hadapi masalah selalu nya kita buntu dan susah nak jumpa jalan keluar… tak jumpa2 solution yang patut di ambil… rasa stress sebab memang dah habis pikir dah.. tetap tak jumpa cara.. jadi buntu di buatnya…

ok.. untuk soklan dan situasi yang macam ni.. ini jawapannya…

perasan tak… kalau kawan kita ada masalah.. dia datang jumpa kita bagitau masalah dia… biasanya kita boleh bagi pendapat dan nasihat serta tunjuk jalan kat dia… seolah-olah kita consultant yang boleh selesaikan masalah dia.. 

namun bila berlaku masalah yang hampir sama dengan kawan kita tu.. kita dok stuck lama tak tau nak buat apa… kalau orang pulak nasihatkan.. kita cakap.. ko senang lah cakap.. kau tak lalu… he3.. kannnnnn… 

memang ramai spesis ni.. kak dhia tau… in fact peserta2 serta ramai aje yg direct message ada dlm keadaan macam ni.. bila di nasihat marah kita pulak sbb tak tau dan x faham.. habis yang ko tanya aku tu dah kenapa kan…. hahhahaha… 

tak moh stress sgt… kak dhia ni sebenarnya suka cite santai2.. mudah2an lebih mudah sampai.. 

ok.. sebab dia mcm ni… bila masalah tu masalah kawan kita… masalah itu tak duduk kat HOTAK atau KEPALA kita… itu masalah kawan kita.. kita lebih rasional sebab tak stress.. sbb tu kita letakkan masalah dia kat luar (contoh dalam mangkuk) jd pandangan kita jelas dan berada di luar drpd masalah tu… d jadi kita blh nampak.. kalau amek jalan ni.. keluarnya kat mana.. kalau amek keputusan ni.. jadinya apa.. kalau ko duduk tak buat apa2 pun akan jadi apa… sebab kita dok kat luar.. 

tapi berbeza pula kalau masalah tu masalah kita.. walau sama.. sebab kita duduk sama dalam mangkuk tu.. kita duduk dalam masalah tu.. tu yg kita tak tampak jalan keluar.. 

selepas ini belajar untuk being rasional… bila ada masalah.. letakkan masalah tu kat luar.. kalau buat ni… jadi apa… kalau mcm ni.. jadi apa… keep practice  sehingga proses ni dah immune dengan anda… bila ada masalah jer… terus auto blh being rasional 

adik-adik semua… proses ni tak mudah untuk kita nak ubah.. tapi pastinya boleh.. mana akak tau boleh..? sebab akak dah buat.. 

percayalah.. proses ini juga menjadikan anda tenang… sebab anda melihat semua masalah.. situasi.. duduknya di luar HOTAK.. MINDA dan HATI anda… jadi anda tenang… sebab tu juga ada orang kata.. “orang tenang selalu menang” kannn.. 

ok.. kak Dhia ingat akak pernah share video topik ni kat utube.. tp search tak de pulak.. yang ada cuma kat IG.. akak share link https://www.instagram.com/tv/B2V96HZjId8/?igshid=1dm2k3st682o4

semoga ada manfaat.. 

salam kasih sayang

Kak Dhia.. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *